assalamualaikum..kpd para readers skalian..

Monday 23 May 2011

kaum adam!! wa kaum hawa!!!

assalamualaikum!! bertemu kembali dlm blog SRIKANDI MUSLIMAH..hahaha.. now sara nak cite skit psl satu bnde nie.hahah.. sara rse bnde kne bg taw..dan ni ade la pndgn sara.. hurm.sara bukan nk kte pe pde kaum adam kite pde zaman skunk..tp ni ade la realiti umat kaum adam  pd akhir zamn ni.sara da byk tliss psl kaum hawa..now nak sentuh skit psl  kaum adam!! okey!! have fun to read!!

kaum adam!! mempunyai satu hafsu dan 9 akal!! nafsu yg satu tu ade la PEREMPUAN.. dan dri perempuan la dtgnye keinginan utk SEKS.. dan di kurniakn ALLAH 9 akal adalh utk berfikir mcm mne utk menangani masalah tersebut!! org yg blaja agme or tidak blaja agame sme jer!! nafsu mereke tetap perempuan.. cme yg membeza kan mereka adalh .. cara menangani nyer!! jika lelaki itu mempunyai iman yg kuat ...insyallah mereka akn melakukan seks yg halal yakni bersme isteri mereka..apabila da kwen nt!! jia lelaki yg iman die x de..or x kuat dan x thn..mereka akn cri psgn..dan mengayat pasgn mereka gile2 sehigga kan....
.
GF: sye ske kt awak sbb awak baek..sye syg awak sgt2..
BF: ape bukti nye?? yg awak sygkn sye..
GF: sye akn serah kn sgle2 nye pd awak. "my body..its yours"
BF:ye ker?

haa.time tu..nafsu die perrgghhhh..nafsu syahwat die..tinggi klo bleh kt situ gak die nak melahab gf die tu.. haa nie bhaye!! nie pangai org llki yg x de iman..x pikir mse dpn gf die tu akn hncur... yg die fikir adela..mndpt kepuasan nafsu nya!!!
 bg sara..sara msih respect lelaki yg brutel2 yg msih boleh mngawal nafsu dan iman mereka..dan sara ilang respect pde org llki yg x de iman dan x pndai mengawak nafsu mereka dan kje nye hye ingin mendapat kepuasan nafsu jerr..sara nie ramai kwn llki... sara da taw mne burok baek llki nie..mreke x kn lps pde nafsu mereka.. tue mude sme jer!! so..sara da msak da nagn pangai kaum adam nie..haha..ok tu je kot..spri la klo terse ke pe ke.tp ini de la realiti kehidupan umat akhir zaman

Friday 20 May 2011

with BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Subhanallah walhamdulillah wala ilahaillah....
coretan ini adalah sebuah perkongsian rasa dari seorang teman maya...bagi ana ia benar2 terKESAN apatah lagi di saat ana sedang memikirkan hal berkaitan perkara ini....TERIMA KASIH ya ALLAH menghadirkan ketenangan pada KERESAHANku...ana cuma seorang hamba, seorang wanita biasa, NAMUN tersemat jua dalam diri ini IMPIANku MUJAHIDAH SOLEHAH disisi ALLAH swt, RASULku, ayah bonda, bakal imamku dan anak2 ku serta seluruh mereka yang aku dampingi...

DAN inilah perkongsianku......
ku tatap blog seorang sahabat....ku isi ms yang berbaki dengan kisah-kisah yang terdapat di dalamnya...tertarik dengan sebuah kisah untuk kite jadikan pedoman...pedoman pd diriku serta semua..insyaAllah...

Salam...

walaupun kisah ini panjang....ia terdapat sensitiviti yang tersendiri....
Al- Fateh....izinkan sy memaparkan kisah ini ya.....

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.


..........................
.............


"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)
"sesungguhnya Allah maha adil..

Tinta sahabat....

Sumber : http://rentaktinta.blogspot.com/2010_04_01_archive.html

Syukur yang tidak terhingga di atas penemuan ana dengan coretan ini, mengingatkan ana tentang SUATU ketetapan PASTI yang perlukan PERSEDIAAN RAPI....


TENTANG KEMATIAN

Apabila ajal tiba, tidak ada kekuatan apapun yang menangguhkannya. Allah-lah yang menentukan ajal seseorang. Mau atau tidak mau, siap atau tidak siap sebagai manusia yang hidup pasti, kita yang hidup pasti mengalami al-maut. Paling tidak, ada tiga pesan yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah SAW. Mengenai Al-Maut. Pertama, jangan takut mati, karena mati pasti terjadi, kemanapun kamu lari, mati pasti mengejar kamu. Tapi takutlah hidup setelah mati. Apa yang kau bawa bekal setelah mati itu. Pesan yang kedua adalah selain seorang muslim tidak boleh takut mati, dia harus berani mati, tapi dia juga harus berani hidup. Minta mati dilarang oleh agama, berbuat sesuatu yang menyebabkan kematian adalah dosa besar. Bunuh diri bukanlah orang yang pemberani. Orang yang bunuh diri adalah orang yang penakut, dia hanya berani mati, tapi tidak berani hidup. Kita tidak boleh mendoakan orang lain supaya mati. Mendoakan diri kita untuk cepat mati. Apapun yang terjadi, kita harus berani hidup. Dan yang ketiga adalah pesan dari nabi jangan lupa mati. Mau atau tidak mau kita akan berhadapan dengan al-maut atau kematian itu. Dengan indah, Beliau mengemas pesan moral. Silahkan kamu cintai isterimu, suamimu, tapi kamu harus siap berpisah dangan mereka. Apakah kamu yang meninggalkan mereka ataukah mereka yang meninggalkan kamu. Silahkan kamu cintai isterimu, suamimu, anakmu, tapi kamu harus siap berpisah dengan mereka. Apakah kamu yang meninggalkan mereka, ataukah mereka yang meninggalkan kamu. Silahkan kamu cintai jabatanmu, kedudukanmu, hartamu, tapi kamu harus siap berpisah dengan semua itu. Apakah semuanya itu yang meninggalkan kamu, ataukah kamu yang meninggalkan semua itu. Dan dengan indah Nabi berpesan walaupun kamu tahu besok akan mati atau terjadi kiamat. Dan hari ini kamu akan tanam sebuah pohon, tanamlah pula pohon itu.

hidup dan matiku kerana MU

Cinta itu indah..
jika cinta itu kerana ALLAH.. kerana cinta itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu cintai..
.
Rindu itu indah…
jika rindu itu kerana ALLAH… kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…
.
Kegembiraan itu indah..
jika gembira itu kerana ALLAH… kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…
.
Sedih itu indah..
jika sedih itu kerana ALLAH.. kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…
.
Bosan itu indah..
jika bosan itu kerana ALLAH.. kerana bosan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu bosankan…
.
Kesibukan itu indah..
jika sibuk itu kerana ALLAH.. kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan…
.
Sakit itu indah..
jika sakit itu kerana ALLAH.. kerana kesakitan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan kamu…
.
Benci itu indah..
jika benci itu kerana ALLAH.. kerana kebencian itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu benci…
.

Kesusahan dan derita itu indah..
jika ia kerana ALLAH.. kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..

maka, niatlah segala perasaan kita hanya untuk Allah.. hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah…
jujurlah kepada Allah.. atas segala yang menimpa kamu… atas segala yang diperbuatkan oleh kamu.. dan kembalikanlah segala perasaan itu kepada Allah kembali.. kerana Allah jua lah yang memberi segala perasaan itu..
jika ia memberi kebaikan dan menghapuskan dosa-dosa untuk kamu, menyempunakan diri kamu di kemudian hari, maka redhalah dengan perasaan itu..mohonlah, berdoalah agar  Allah perbaiki diri kamu… dan berusaha lah untuk muhasabah diri..cari di mana kelalaian kamu selama ini… dan berusahalah memperbaiki diri.
jika perasaan itu menambahkan dosa-dosa kamu, maka mohonlah dihilangkan . hanya kerana takut akan murka, azab allah di ‘sana’ nanti..
serahlah diri kepada Allah dalam apa sahaja yang berlaku kepada kamu. insyaallah, Allah akan mengembalikan kembali perasaan-perasaan kamu itu mengikut apa yang terbaik untuk kamu.
percayalah, Allah tidak pernah menyiksa kamu, kerana bukan itu tujuan kamu diciptakan. Allah sentiasa merindui dan mencintai kamu, hamba-hambanya ,lebih dari segala manusia yang ada di muka bumi ini…
Allah memberi perasaan-perasaan itu untuk memberi ‘isyarat’ cinta dan kasih sayangnya untuk kamu kembali kepada nya… kembali tenang hanya jika bersamanya.
jika masih belum ketemui ‘keindahan’ itu, sekurang-kurangnya kamu mendapat redha Allah..  kerana kamu mengingati dia dan berniat hanya kerana dia di setiap apa sahaja yang menimpa kamu...

Apakah yang lebih bernilai dari REDHA ALLAH? dari RAHMAT ALLAH? dari KETENANGAN daripada ALLAH? dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan ‘BERSAMA’ ALLAH?
InsyaALLAH, kamu, kita semua akan ketemu ‘keindahan’ itu…jika kerana ALLAH…percayalah…
Amin Ya Rabbal Alamin.

Sumber: Segala Perasaan itu Indah Jika.. | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/segala-perasaan-itu-indah-jika/#ixzz1LlUumcpk

buat mu PUTERI

~Sahabat2ku yang dicintai, ana juga seoarang perepmuan dan sudah tentu bukanlah niat ana untuk menjatuhkan martabat kita sebagai kaum hawa, jauh sesekali mengundang amarah sahabat2ku tetapi kekadang hakikat kebenaran itu memang pahit namun telanlah dan jadikan penawar, ayuhlah yg salah kita betulkan, yg baik kita usahakan agar ia menjadi tetap dan kekal insyaAllah ^_^ ~

Ini sekadar sebuah perkongsian, semoga ia menjadi iktibar buat kita semua.....

*SERIUS SANGAT, SEBELUM ANDA BACA ARTIKEL NI, ISTIGHFAR DULU DAN BERTENANG, SEBAB MEMANG PEDAS DAN PASTI AKAN TERASA SANGAT-SANGAT...TUJUAN SAYA BUKAN NAK HINA KAUM WANITA, TAPI JUST NAK NASIHATKAN, JADI CARA NASIHAT TU PELBAGAI, PERLI ADA, LAWAK ADA, KERAS ADA...ANGGAP SEMUA INI SEBAGAI PERINGATAN SEBELUM SEMUANYA TERLAMBAT!!!!

"Aku cinta padamu!, jangan tinggalkan aku!"..."I love u sooo much honey"... "aku tak boleh hidup tanpamu!"..."Aku sanggup mati untuk mendapatkanmu"..."Aku sanggup lakukan apa sahaja untukmu"..."Jangan lukakan hati I, I tak tahu kat mana tempat nak mengadu kalau takde u"..

Itulah antara kata-kata indah yang selalu diungkapkan oleh sang putri (wanita) kepada teman lelaki mereka. Kata-kata ini seolah-olah menunjukkan bahawa teman lelaki merekalah yang menciptakan dan memberi nyawa kepada mereka. Kata-kata ini juga boleh menyebabkan dia menjadi syirik kepada Allah Azza Wajalla yang telah menciptakan manusia dan seluruh alam ini. Nauzubillah.

Mereka bertudung. Mereka berkalimah syahadah. Mereka mengaku Muslimah. Tetapi hakikatnya mereka adalah pendusta!. Adakah seseorang itu disebutkan Muslim yang baik hanya selepas dia berkalimah syahadah, dengan mengaku 'tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah' tetapi dalam masa yang sama diatidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya?.

Siang malam menghabiskan duit. Koman-koman sehari mereka akan menghabiskan hampir RM 100 hanya untuk 'topup' credit phone untuk menghubungi dan bermesej-mesej dengan teman lelaki mereka. Apa yang dimesejkannya?. 'U dah makan?"...."U ada kat mana?"...'I miss u sayang"..."U tak tidur lagi ke?..."U ada teman baru ke?"...itulah antara mesej-mesej yang boleh dikatakan menjadi satu kewajipan bagi mereka. Bayangkan jikalau mereka menggunakan duit itu di jalan Allah. Seperti, print artikel dakwah, pastu potostat banyak-banyak. Then edarkan kepada orang ramai. Subhanallah!. Berapa banyak orang mendapat manfaat daripadanya?. Berapa banyak pula pahala yang Allah hadiahkan kepada mereka?.

Gadis lari daripada rumah mengikut teman lelaki. Bukak je surat khabar. Ha itulah antara tajuk yang popular. Tunjuklah gambar ibu bapa dengan muka sedihnya merayu "pulanglah anakku..mak masih sayang padamu..kenapa buat mak macam ni"?... Tak reti bersyukur!. Derhaka!. Itu sahaja perkataan yang sesuai untuk manusia sebegini. Bayangkan hanya baru mengenali seorang lelaki yang tak sampai seminggu boleh terus hanyut dan mengenepikan ibu bapamu yang telah membelamu berbelas tahun?. Bahkan berpuluh tahun?. Cubalah refresh balik bagaimana seksanya Ibumu mengandungkanmu selama 9 bulan, membawamu ke sana ke sini tanpa sedikit pun mengeluh. Ayahmu pula tak henti-henti keluar ke sana ke sini mencari rezeki untuk menyara kehidupanmu. Akhirnya apa yang mereka dapat?. Mereka hanya dibalas najis. Bahkan ada diantara mereka membalas jasa ibu bapa mereka dengan 'mengandung anak haram'...petuiih. Tak ada rasa malukah mereka-mereka ini?. Di mana lelaki kamu yang selalu bersamamu?. Dah lari dah?. Ala ciannye. ehehehe...

"Nah!. Ambillah tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey"..wah best!. Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!. Esok abang nak lagi boleh?. "No problem dear. Asalkan U tak cari awek lain. I sanggup". Wah!. Tersenyum lebarlah si teman lelakinya!. Best ni. Ada can. Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang yang berpaksikan kasih sayang syaitan. Ada yang beraksi dengan bertudung tanpa baju (fewwiit). Ada yang beraksi telanjang terus (cayyalah wei). Ada yang beraksi kat taman-taman. Ada yang beraksi kat depan masjid! (agak-agak sikit wei!). Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone sebab nak buat kenangan. 2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya. 'Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!."..Si teman lelaki "...................". Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek. Apa yang dijawab si teman lelaki? ".....Tut....Tut....Tut..."..Handphone ditutupkan!. Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut "..Please try later..". Jeng jeng jeng!!!...hampa nak buat apa time tu?. Nangis air mata darah?. Sudah tentu tidak berguna lagi. 4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak. Selama ni badan kecik je. Oh! rupa2nya dia mengandung!. "Keluar kau dari rumah ni!. Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!."..Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?. Oklah rumah kawan. "Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem"?. Tanya si kawan. Dia menjawab. "I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I. Tapi dia dah lari."...Betapa terkejutnya si kawan. "Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!." Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan pun dah halau. Mereka masih lupa untuk bertemu dengan Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.. Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar. Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia pergi tikam pulak anak tu!. eh-eh dia pi sumbat si bayi comel tu ke dalam lubang tandas!. Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Dia biarkan anaknya dirobek-robek anjing!. Celakalah kau perempuan!. Sudahlah berzina, kemudian membunuh pula?!. Last-last. Hidup dah tertekan. Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi. Kemudian menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?. OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!. Maka melayanglah tubuh wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala-galanya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang akan mendapat azab Allah di akhirat. Ingat sudah selesai selepas membunuh diri?. No way!. U tunggu azab Allah!. AZAB YANG PEDIH DAN SEPEDIH-PEDIHNYA!.

Sedarlah wanita. Kenapa kamu sanggup menangis hanya disebabkan manusia?. Kenapa kamu sanggup membuatkan fikiranmu pening hanya kerana memikirkan teman lelaki mu?. Kenapa kamu sanggup mengenepikan Syurga hanya untuk Neraka?. Kenapa kamu sanggup tinggalkan pelajaran kamu hanya untuk teman lelaki?. Kenapa kamu sanggup menderhakai ibu bapamu hanya kerana ingin mengikut teman lelaki mu?. Nak menyayangi manusia tidak salah. Bahkan ianya wajib..Nabi bersabda. "Tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia mencintai sesama Muslim sebagaimana Ia mencintai dirinya sendiri". Cintailah mereka dengan penuh kasih sayang. Tetapi cinta kepada Allah adalah melebihi segala2nya!.

Wanita!. Ambillah pengajaran atas apa yang berlaku terhadap rakan-rakanmu yang hilang punca hidup. Ambilah pengajaran. Dan berhati-hatilah.

"Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan." (Fathir, 37)

Kenapa bila terjadi sesuatu masalah kamu tidak berhadapan dan melutut di hadapan Allah?. Takut Allah tidak menerimamu?. Dosamu banyak? Lebih banyak daripada air di lautan?. Ingatlah bahawa Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang!. Sekalipun kamu melakukan syirik kepada Allah, kemudian bertaubat!. Nescaya Allah menerimanya!. TAUBATLAH! KEMBALILAH KEPADA ALLAH!.

Bukti cinta Allah yang teramat Agung!. Dalam sebuah Hadits Qudsi:

"Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepadaKu dan berharap kepadaKu, necaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian kamu meminta ampunan kepadaKu, Nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu terdahulu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepadaKu dengan mebawa dosa-dosa sepenuh bumi kemudian kamu datang kepadaKu dengan tidak menyekutukanKu dengan suatu apapun, maka Aku memberi ampunan kepadamu sebanyak dosa-dosa tersebut."

MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK BERTAUBAT...PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA...SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG...!!!...JIKA TIADA MANUSIA YANG MENYAYANGI KITA,INGATLAH ALLAH TETAP SAYANGKAN HAMBA-HAMBANYA...

*... jangan sesakali mengulangi kesilapan yang sama berulang kali...jadikan pengalaman itu azam untuk memperbaiki hidup baru...semuanya bermula dengan NAWAITU...

Sumber : http://www.facebook.com/home.php?sk=group_169866739692121&ref=notif&notif_t=group_activity

mahabbah CINTA utk ILLAHI

Syair-Syair Mahabbah

Aku bahagia berada dalam jubah Kesatuan
yang Engkau kenakan pada diriku
Engkaulah Tuhanku, dan Tuhan dalam kebenaran, seluruhnya
Hasrat-hasrat sekilas mengepung qalbuku
Namun, setiap dorongan berhimpun dalam diri-Mu
bersama-sama, saat kutatap diri-Mu
Segenap tenggorokan tercekik kehausan pun
terpuaskan air minuman

Tapi, apa yang terjadi atas orang orang yang kehausan oleh air?
Qalbuku pun merenungkan dan merasa sedih atas segenap dosa dan kesalahan di masa lalu
Sementara jiwa yang terikat raga ini pun menanggung derita kepedihan
Jiwa dan pikiranku pun kenyang dengan kerinduan
Ragaku pun sepenuhnya bergelora dan membara
Sementara dalam relung qalbuku, cinta-Mu pun tertutup rapat-rapat

Betapa sering aku kembali menghadap kepada-Mu
seraya memohon ampunan-Mu
Wahai junjunganku, wahai Tuhanku,
Engkau tahu apa yang ada dalam diriku
Kepada orang banyak telah kuserahkan dunia dan agamanya
Dan aku sibuk terus menerus mengingat-Mu
Engkau, yang  merupakan agama dan duniaku

Sesudah mencari-Mu dengan kecemburuan liar seperti ini,
kini akyu dibenci dan didengki
Karena Engkau adalah Tuhanku
kini akulah kekasih di atas segalanya



Sumber : http://biografiparasufi.wordpress.com/
Sumber asal :
1. Nurani 199, 6 – 12 Oktober 2004
2. Javad Nurbakh, Wanita-wanita Sufi, Penerbit Mizan, Bandung, 1983.
3. http://oryza.blogsome.com/2006/05/22/tuhfah-sufi-wanita-dari-irak/



istimewanya insan bergelar PEREMPUAN

Acapkali ada suara - suara lantang kedengaran membahaskan ketidakpuasan hati dari sebahagian mereka - mereka ini yang menganggap tidak diperlakukan dengan baik bahkan mengutarakan isu -isu mengenai kebebasan wanita dan kesetaraan mutlak antara lelaki dan perempuan. Sebelumnya ribuan kemaafan dipohon sekiranya ada kata - kata ana yang menyinggung hati sesiapa, namun tiada niat lain sekadar melontarkan buah fikiran dan berkongsi perkara yang terkadang terlepas pandang oleh kita.Bukanlah niat membela sesiapa cuma sekadar mengingatkan diri dan sahabat - sahabat ana yang dicintai. Bukankah sahabat yang mencintai sahabatnya kerana Allah swt tidak akan sesekali membiarkan sahabatnya mendekati bahkan mungkin terjatuh kepada lembah kebinasaan yang dicipta oleh diri kita sendiri ditambah pula oleh pertolongan - pertolongan kaum kerabat syaitan dan hawa nafsu semata - mata. Ana menyayangi kalian dan mengharapkan agar terjalinya ukhwah kita bukanlah semata - mata hubungan atas talian dan tidak dimanfaatkan. InsyaAllah semoga kita sentiasa kasih mengasihi kerana Allah swt. ^_^

Ana juga seorang perempuan dan tidaklah salah kiranya ana cuba untuk membetulkan ideologi sesetengah dari kita kaum hawa yang cuba menegakkan sesuatu berasakan keinginan hawa nafsu tanpa cuba mencari asas yang kukuh yakni kembali kepada al - quran dan hadis sebagai asasnya. Bahkan sungguh rugi apabila seorang perempuan itu sanggup mengatakan "syariat Islam"  terlalu banyak membatasi bahkan mengekang kebebasan kaum hawa.

Disini ana kongsikan antara hal - hal yang sering di hujahkan :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri
8. Wanita kurang dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Itulah antara  sebabnya yang sering mereka jadikan modal dan tidak henti-hentinya berpromosi untuk "MEMERDEKAKAN WANITA" dari jerat Agama & Kekangan Moral Etika. NAMUN marilah kita sama - sama bermuhasabah dan melihat  sebaliknya (kenyataannya)?

Silakan  sahabat -sahabatku yang dicintai  =)

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga, dibelai serta disimpan ditempat yang terlindung/terjaga dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar berserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita, ia perlu dijaga dari sambaran nafsu mata keranjang para lelaki dan jamahan tangan para hidung belang. Hijab dan pakaian yang tertutup menjaga mereka dari itu semua.

2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapaknya ?. Demikianlah Islam mengatur pembahagian tanggung jawab antara manusia, Isteri perlu berbakti pada suami, dan suami perlu berbakti pada ibunya. Suatu keseimbangan yang adil bukan ?

3. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan, ia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika ia mati karena melahirkan adalah syahid dan surga menantinya.

5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dimintakan pertanggungjawabannya terhadap 4 wanita, yaitu Isterinya , ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.Ini beerti, bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, yaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat sahaja, tidak kurang tidak lebih yaitu :sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya ALLAH ! Demikian sayangnya ALLAH pada wanita, hanya saja kita yang sering berprasangka buruk pada-Nya. Lihatlah bagaimana Dia memperlakukan wanita dengan begitu istimewa.

Sahabat - sahabatku yang dicintai sekalian betapa Allah swt itu Maha adil, betapa DIA Maha Penyayang dengan segala sifat Maha KesempurnaanNya di cicipkan rahmatNya buat kita sebagai hamba - hambanya tanpa kita menyedari akan hikmah yang terselindung pada setiap suruhan dan laranganNya. Allah swt berfirman dalam Surah Ar-Rahman ini yang berulang kali di sebutkan :

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? "

Maka bukalah mata hati untuk lebih mengerti kerana pada zahirnya kita melihat tanpa memahami dan memprroses membuta tuli. Disinilah letaknya kepentingan ilmu, namun AWAS terkadang salah menaksir ia bisa memakan diri sendiri.

Sahabat - sahabt yang dicintai, akal dan hati turut menerima maklumat yang sama, cuma akal memprosesnya dengan dasar tahu TETAPI hati memproses dengan kemahuan. DAN kerana kemahuan inilah kita akan membuat pilihan untuk diri kita. Pilihan yang dibuat mestilah kita dasari dengan pertimbangan dan sememangnya pertimbangan itu harus dibuat oleh hati dan jiwa yang sedar serta sudah tentu  perlukan panduan yang benar. JAWAPAN itu sudah ada pada kita yakni panduan dari Al-Quran dan Hadis.

Janganlah mencipta satu keadaan dimana satu ketika keadaan itu akan menghanyutkan kita dan menenggelamkan kita semula. Sesungguhnya Allah swt Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maka mintalah petunjuk dariNya,bukan sahaja untuk hal - hal tertentu tetapi seluruh aspek kehidupan yang merangkumi lahiriah dan rohani. InsyaAllah itulah yang lebih indah, DIAlah sebaik - baik tempat memohon pertolongan, tempat pengaduan dan apa jua kerana DIAlah segala - galanya^_^

Dia menghiasinya dengan kecantikan dan keindahan,
Dia membekalinya dengan kehalusan dan kelembutan,
Dia memeliharanya dari gangguan dan kekerasan,
Dia memerintahkan kaum lelaki (ayah, suami, anak dan saudaranya) untuk melindungi dan menjaganya dengan sepenuh hati dan bila perlu mempertaruhkan nyawa untuknya,
Dia memuliakannya dengan panggilan Ibu bagi anak-anaknya,
Dia memberinya keutamaan sebagai sarana penciptaan makhluknya (dengan mengandung dan melahirkan),
Dia memudahkannya dalam beribadah dan meraih syurga,
Dia memerintahkan para pria untuk menikahinya dan memberinya mahar sebagai bukti kesejatian cintanya, dia amanahi pula para pria untuk memenuhi nafkah dan kebutuhannya.
Dia gerakkan hati setiap lelaki untuk menjaga dan melindunginya dari segala mara bahaya, menghiburnya di kala sedih dan menggembirakannya di saat lara.

Sahabat - sahabat yang dicintai,

Adakah Kasih Sayang yang LEBIH BESAR daripada itu, ataukah
Adakah Rasa Cinta yang LEBIH DALAM daripada itu,
Dialah Allah Rabbmu, Tuhan Seru Sekalian Alam.

p/s : Credited  to : Inspirasi Taqwa, syukran kepada page ni...ana cuma meng'edit' sedikit namun insyaAllah masih terpelihara sumbernya. =)
Sahabat - sahabat jika ana ada melakukan kesilapan, tegurlah dan nasihatkan ana, jangan dibiarkan ana terus menerus hanyut ya.N tolong tag2 kan ea pada sahabat - sahabat lain....

~Salam Ukhwah (^_^) ~


~Walaupun ada antara kita yang tidak bertemu tetapi ukhwah kita yang terjalin ini akan ana manfaatkan sebaik mungkin, insyaAllah~

coretan buat mu wanita

 assalamualaikum kepada para readers yg di sygi..kt snie ade new post yg sara copy dri fb..so..arap smue bce dgn tenang dan hati tebuke..dan juge menerime ape yg di tliss or di sarankan dlm post kali ni..bukan peasann ni utk para readers tp utk diri sara gak!!~selamat membace~

 Allah Swt mengutus 124 ribu Nabi dan Rasul tak ada satu orang pun dari kalangan wanita, tapi tak ada seorang nabi pun terkecuali Adam a.s yang lahir MELAINKAN dari rahim wanita, begitu mulianya seorang wanita sehingga dari rahimnya Allah swt hadirkan kekasih-kekasih Allah Swt yang membawa risalah demi mencapai kehidupan yang harmoni didunia dan akhirat.


Nabi saw bersabda : “ Wahai sekalian wanita, sesungguhnya yang paling baik diantara kalian akan memasuki surga sebelum orang yang paling baik di antara lelaki. Mereka akan mandi, dan memakai minyak wangi dan menyambut suami-suami diatas keledai-keledai merah dan kuning. Bersama mereka anak-anak kecil, mereka seperti batu permata yang berkilau”
Bahkan Rasulullah bersabda : “ Sampaikanlah kepada seluruh wanita yang kamu jumpai, bahwasanya : “Taat kepada suami dengan penuh kesadaran, maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah Swt, tetapi sedikit sekali dari kamu sekalian yang mau menjalankannya”

* Seoarang wanita solehah adalah lebih baik dari pada 70 orang wali, seoarang wanita yang jahat lebih buruk dari pada 1.000 orang lelaki yang jahat.

* Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang maka Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat.

* Seorang wanita yang menyusui anaknya hingga cukup tempoh iaitu 2 ½ tahun, maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

* Sungguh burung-burung diudara , ikan-ikan dan malaikat dilangit meminta keampunan untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya selama ia sentiasa dalam kerelaan suaminya.

* Siapa saja isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya ridha terhadap pemerergiannya, maka ia akan masuk syurga.

* Bila seorang suami pulang kerumah dengan perasaan gelisah, dan isterinya menghiburnya maka isterinya akan mendapatkan pahala jihad.

* Bila seorang wanita, mengerjakan dan menjaga solatnya, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga amanah suaminya dan mentaati suaminya, Allah Swt akan memberikan izin padanya untuk memasuki syurga melalui pintu mana saja yang disukainya.

* Bila seorang wanita hamil solat 2 rakaat adalah lebih baik dari pada 80 rakaat wanita yang tidak hamil.

* Bila seorang wanita tidak dapat tidur kerana sakit dan menyusukan anaknya, Allah Swt akan mengampuni seluruh dosa-dosanya dan mendapatkan pahala 12 tahun ibadah.

* Bila seorang wanita menyapu rumahnya dengan berzikir maka Allah Swt akan memberikan pahala meyapu Ka’bah.

* Bila seorang wanita hamil , sehingga dia melahirkan anaknya, Allah Swt akan memberikan pahala sebagaimana ia berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang malam.

* Bila seorang wanita meninggal diantara 40 hari setelah melahirkan anaknya, ia mendapatkan pahala syahid.

* Bila seorang wanita mendorong suaminya keluar dijalan Allah swt, dan dia dapat menerima dengan ikhlas segala kesulitan yang disebabkan ketidaan suaminya, maka ia akan memasuki syurga 500 tahun lebih dulu dari suaminya. Dan 70.000 malaikat akan menyambutnya , dan ia akan menantikan suaminya di syurga.

* Bila seorang anak menangis di malam hari, dan ibunya tidak marah tetapi memmujuknya, ia akan mendapatkan pahala satu tahun Ibadah.

* Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah Swt di akhirat tetapi Allah Swt datang sendiri kepada wanita yang menjaga auratnya, iaitu memakai purdah didunia secara istiqomah. Begitu mudahnya seorang wanita mendapatkan keredhaan Allah Swt mana kala dia taat kepada suaminya , tentunya ketaatan disini dalam batasan-batasan Agama , kerana mana kala seorang suami sudah melanggari apa yang digariskan agama maka tidak ada lagi ketaatan bagi seorang wanita. Kerana “Tidak ada ketaatan kepada mahluk dalam menderhakai AL-Khalik”

Sebagaimana kisah Asiah isteri Fir’aun. Di tengah-tengah kaum yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, ia tetap berpegang teguh kepada Allah Swt, walaupun untuk menjaga keimanan tersebut , ia harus menerima kematian ditangan suaminya sendiri, iaitu Fir’aun la’natullahu ‘alaihi. Rasulullah saw bersabda bahawa wanita yang terbaik dan paling sempurna adalah Asiah isteri Fir’aun dan Maryam.

Syekh Ibarahim Ali mengatakan seorang wanita jika sudah dominan dalam kehidupan lelaki, maka ia akan menjadi buah hati dan ruhnya. Bahkan akan menjadi segenap badan dan perasaan lelaki. Semua tindakan kebaikan atau kejahatan yang dilakukan oleh seorang laki, kerana dorongan wanita. Fikiran dan amal para wanita muslimah akan ikut serta berhembus dengan angin, mengalir dengan air, menyatu dengan tanah, tanpa memerlukan kenderaan untuk membawanya, tanpa memerlukan tenaga untuk mengangkutnya. Kebaikan yang akan merebak atau kejahatan.. Semua tergantung kepada amalan para wanita.


Dalam buku Ya binti waya ibnii , Ali Atthonthowi menulis :

“Wahai puteriku, pintu kebaikan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada ditanganmu. Jika engkau meyakininya dan engkau berusaha memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik. Engkau benar puteriku, bahawa kaum pemuda lah yang pertama melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita, tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju”



Sekarang sudah jelas dengan apa dan bagaimana seharusnya kita bersikap, wanita akan mejadi baik ketika para pemuda dapat mengarahkan wanita kearah kebaikan, selama dari pihak pemuda tidak mempunyai keinginan kearah tersebut maka segala bentuk perbaikan akan sia-sia...



Saturday 7 May 2011

di saat aq melihat dunia..

assalamualaikum..haha..akhir dpt gak sara mnambah sedikit pengkongsian..da lme x menaip nye haa..
now sara trus ke title pde hari ni..sara mls la nk taip muqaddimah pnjg2.hahah.

di saat aq melihat dunie..alkisah..pde zaman 90an.
tedapat...sebuah kluarge yg ckup bhgie dan mempunyai satu ank perempuan dan bakal masok yg ke due.. pde 29april 1997..genap le kandungan nye itu 7 bulan..dan cme due bulan lg nak kuar.. gembira dan takot si ibu menuggu mse nye..
 tibe2 ade kjadian yg berlaku..di mne si ibu melangkah kki nye ke bilik air..x prasan lntai nye licin..perut besa sgt..smpai x nmpk kt bwh tu..haaa tibe2 si ibu tu terjatuh..dan terhentak..aduh sakit nya bukan kepalang.
si bpe trus bwe si isteri tu ke hospital pantai putri ipoh perak..utk mndpt kn rwatan yg segera.. doktor kte..kne bwk gak kuar bayi dlm kandungan ..klo x bayi tu akn mati....si ibu pun akur dgn arahan doktor..tp semangat si ibu itu tlah hilang keran keletihan menahan kesakitan..tidak mmpu utk mneran..doktor pun dgn smgat nye mengunakan vacuum utk bwk kuar bayi tersebut..tepat jam 1:43pm.alhamdulillah bayi itu slmat di bwk kuar.. dn seberat 1.7kg..hah kecik jer.dan di beri nme SITI MAISARAH BT MOHD RIZAL... dan di letak kn bayi tersebut di dlm ecubator slme 2 bulan ..then psgn tersebut bwk blik umah dan smpai skunk bayi tu masih hidup dan bertambah sehat..hahhaa..kisah benar!! sweet 4teen sara!!

(sekadar gmba hiasan)

selalu de dlm hati!!

ALLAH

NABI MUHAMMAD S.A.W

ABAH SARA

IBU SARAH

ZATIEY

DIRI SYE SENDIRI

SYERAH

UMAR

FOLLOWERS SYE..

BAKAL ZAUJ SYE